Ulama
berselisih pendapat dalam menentukan siapakah yang dikatakan golongan ahli kitab sebagaimana yang disebut dalam al-Quran.
Ulama
mazhab Hanafi berpendapat bahawa ahli kitab ialah setiap golongan yang
berpegang dengan agama samawi dan terdapat pada mereka kitab yang diturunkan
oleh Allah s.wt seperti Taurat, Injil, suhuf Ibrahim dan Shith serta kitab
Zabur. Maka menurut pendapat mereka, ahli kitab itu tidak terbatas kepada
golongan Yahudi dan Nasrani sahaja, termasuk di dalamnya golongan lain yang
diturunkan kitab kepada mereka oleh Allah s.wt. Mereka berpendapat bahawa
setiap agama samawi diturunkan bersama kitab-kitab tertentu.
Jumhur
ulama pula berpendapat bahawa ahli kitab ialah golongan Yahudi dan Nasrani sahaja.
Mereka berpendapat demikian berdasarkan firman Allah s.w.t:
Supaya kamu tidak mengatakan: “Bahawa kitab (agama)
itu hanya diturunkan kepada golongan (Yahudi dan Nasrani) dahulu sebelum kami.
(Surah al-An’am 6:156)
Ayat
di atas menunjukkan bahawa golongan ahli kitab hanyalah dalam kalangan Yahudi
dan Nasrani sahaja. Menurut mereka, suhuf yang diturunkan itu hanya mengandungi
peringatan dan perumpamaan tetapi tidak terdapat hukum di dalamnya, maka ia
bukanlah kitab kerana tidak mengandungi hukum hakam.
Pendapat jumhur ulama
merupakan pendapat yang tepat, kerana al-Quran menggunakan nama ahli kitab
kepada golongan Yahudi dan Nasrani sahaja tetapi tidak kepada golongan lain
selain mereka, maka ia khusus kepada mereka sahaja. Pendapat ini turut
dipersetujui oleh Imam al-Jassas dan ia dinyatakan dalam kitabnya Ahkam
al-Quran.
Kesimpulannya,
nama ahli kitab yang terdapat dalam al-Quran adalah ditujukan kepada golongan
Yahudi dan Nasrani sahaja.
YAHUDI
Dari segi bahasa, terdapat perbezaan dalam kalangan
ulama dalam menentukan perkataan يهود. Adakah ia dari bahasa arab atau
sebaliknya.
Sebahagian
ulama mengatakan bahawa ia daripada bahasa Arab iaitu perkataan (الهود). Menurut al-Akhfash, al-Haud (الهود) jama ha’id (هاءيد) seperti عاءيد dan عود. Makna هاد, يهود, هود dan تهود ialah bertaubat dan kembali
kepada kebenaran. Dalam al-Quran disebutkan
اناهدنااليك
iaitu kami bertaubat kepadamu. Ini adalah pendapat yang dikemukakan oleh
Mujahid dan Sa’id ibn Jubair.
Mereka dinamakan seperti itu
kerana mereka bertaubat daripada kesalahan mereka menyembah al-Ajl (patung anak
lembu). Menurut Ibn Arabi pula, disebut هاد apabila kembali daripada
kebaikan kepada kejahatan atau kejahatan kepada kebaikan.
Sebahagian ulama pula
mengataka ia bukan daripada bahasa Arab tetapi dinisbahkan kepadaYahudha (يهوذا) yang merupakan salah seorang
anak Nabi Ya’kub a.s. Menurut al-Qurtubi, Yahudi dinisbahkan kepada يهوذ dibaca dengan ذال. Yahudha adalah seorang anak
Ya’kub a.s.asal kalimah Yahudha bukan nama Arab (Ajam), apabila diarabkan
kalimah tersebut, ditukarkan huruf ذال kepada دال dan lahirlah يهود.
Menurut Ibn Arabi, يهوذ ialah nama suatu kalimah yang
nama asalnyajuga ialah يهوذ lalu ditukar huruf ذال kepada دال. Menurut Ibn Sidah, ini bukanlah
pendapat yang kuat. Walaupun begitu, sebahagian ulama memilihnya sebagai
pendapat yang tepat.
Dari
segi istilah, mereka yang dikatakan yahudi ialah golongan yang mendakwa diri
mereka sebagai pengikut Nabi Musa a.s. Dalam al-Quran, mereka juga dinamakan
“Kaum Musa” dan Bani Israil iaitu dinisbahkan kepada Nabi Ya’kub a.s.
Perlu
ditegaskan bahawa penggunaan nama Yahudi
terhadap mereka dalam al-Quran hanya dalam keadaan mencela mereka. Ia dapat
dilihat dalam banyak ayat, antaranya ialah:
Maksud:
Dan orang yahudi berkata: “tangan Allah terbelengu
(bakhil-kikir)”.
(Surah
al-Ma’idah 5:64)
Maksud:
Orang Yahudidan Nasrani berkata: “Kami dalah anak-anak
Allah dan yang sangat disayangi-Nya”.
(Surah al-Ma’idah 5:18)
Maksud:
Dan orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah”.
(Surah at-Taubah 9:30)
Ayat-ayat yang dinyatakan
tersebut menunjukkan bahawa mereka dikenali dengan nama Yahudi setelah keadaan
mereka rosak dan menyeleweng daripada agam Allah s.w.t yang sebenar. Nama ini
(Yahudi) adalah nama yang lebih layak lagi bagi mereka kerana ia digunakan
untuk melaknat dan menzahirkan kejahatan mereka.
bersambung...